|
Post by msafwan on Apr 21, 2010 16:17:18 GMT 8
Quoted from PHUKB yahoo groups..
Dari masa semasa saya akan edar kan maklumat untuk makluman semua supaya faham keadaan terbaru & sebenar. Jika boleh saya tidak ingin "repeat" maklumat yang telah diberikan seperti # akaun HDA yang telah saya maklumkan beberapa kali.
Tarikh lawatan tapak oleh pegawai JPN/KPKT yang di jadual pada 1 Mei 2010 akan saya umumkan apabila mendapat kepastian daripada mereka. Nanti dah tahu tarkhnya jangan tak datang. Ibarat kata Karam Singh Walia - Jangan jadi tin kosong dan bagai anjing menyalak gunung.
- Ali Karim
p/s : diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir utk memberi sokongan
|
|
|
Post by msafwan on Apr 21, 2010 22:16:06 GMT 8
Quoted from PHUKB yahoo groups :
Puan Lai Mei Kwan Dr. Nik Zamri bin Majid
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Dengan hormatnya saya merujuk kepada keputusan mesyuarat mengenai projek di atas yang telah diadakan pada 29 Mac 2010 di KPKT.
2. Jabatan Perumahan Negara akan membuat satu lawatan ke tapak Projek Ukay Bistari pada tarikh dan masa berikut :
Tarikh : 3 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
3. Sehubungan dengan itu, sukacita saya mohon kerjasama puan dan tuan dalam memastikan kelancaran lawatan kerja tersebut.
4. Pihak Jawatankuasa Pembeli juga dijemput di dalam lawatan tersebut. , Sekian, terima kasih.
(DATO' ZAINUDIN BIN TALA) TKP(O)/JPN
21 April 2010
DIHARAP SEMUA PEMBELI RUMAH DI UKAY BISTARI DAPAT MENGHADIRKAN DIRI UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PHUKB COMITTEE MEMBERS
|
|