Post by fadzli daud on Mar 25, 2010 16:07:17 GMT 8
RULES
Dear all forumers,
Salam dan Selamat Sejahtera,
Bagi pihak Admin, Staff Member dan semua warga forum, Selamat Datang diucapkan ke forum Ukaybistari.proboards.com.
Sebagai orang yang baru menyertai forum ini, adalah diingatkan supaya anda mematuhi etika-etika dan tatasusila di dalam berforum. Tidak ada bezanya berkomuniti di dalam forum ini dengan berkomuniti di alam nyata, samada di rumah, di pejabat atau di kawasan kediaman anda. Sifat saling menghormati, kejujuran dan keikhlasan adalah teras di dalam mana-mana perhubungan.
Selepas anda mendaftar, anda akan mula berforum tentang pelbagai topik dan pandangan. Jadi, sebelum itu adalah baik jika dapat diperkenalkan diri secara jujur dan ikhlas. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi menjadi seorang ahli forum yang berhemah:
1. Mendaftar untuk log in.
2. Menggunakan nickname yang tidak membawa maksud yang tidak baik.
3. Sediakan gambar rekaan anda dengan saiz 100x100 untuk dijadikan Avatar anda. Di dalam gambar tersebut sila letakkan gambar wajah anda dengan jelas. Identiti anda di dalam forum ini dapat dilihat oleh ahli lain melalui Avatar anda. Avatar berbentuk kartun @ tiada maksud tidak dibenarkan. Tindakan bann sementara selamanya akan dikenakan bagi yg gagal mematuhi peraturan ini.
4. Selepas itu sila masuk ke thread 'Introduction' bagi memperkenalkan diri agar kehadiran anda disedari oleh semua terutama yang telah mendaftar lebih awal daripada anda.
5. Mulakan berforum dengan bersopan-santun. Jangan sesekali terus ‘menyampuk’ sesuatu perbualan tanpa memberi salam. Mungkin dilihat ahli lain yang berforum agak mesra, usik mengusik dan agak ‘ganaz’. Perlu diingat kemungkinan besar mereka ini telah saling mengenal dan usik mengusik tidak akan melukakan hati sesiapa berbanding usikan daripada seseorang yang tidak dikenali. Berhati-hati.
Walaupun forum ini memberi keahlian percuma, bebas dan terbuka, adalah dinasihatkan ahli-ahli baru menghormati ahli yang lebih lama, termasuk juga perbincangan-perbincangan yang telah wujud. Sebelum mengemukakan topik perbincangan baru sila baca dahulu topik-topik lama supaya tidak mengulangi soalan yang sama.
Group ini bukan sahaja berforum tetapi boleh juga berjumpa untuk TTS (Teh Tarik Session) dan pelbagai aktiviti lain. Anda juga sebagai ahli baru dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti. Tidak ada kad jemputan akan dihantar, semua dengan kehendak dan minat sendiri untuk menyertai pelbagai aktiviti. Anda juga boleh merancang dan bertindak untuk menganjurkan apa-apa aktiviti. Tidak ada had untuk itu semua. Tiada AJK khas untuk aktiviti. Dari ahli untuk ahli.
Bagi ahli-ahli lama, pelbagai ilmu pengetahuan telah dicari dan diperolehi sebelum ini dan mereka ini tidak kedekut untuk berkongsi. Cuma perlulah ditanya dengan beradab. Setiap pandangan di dalam forum ini amat dihargai dan boleh dikongsi di antara semua ahli samada baru atau lama. Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu tidak akan habis untuk dipelajari.
Tindakan bann sementara selamanya akan dikenakan bagi yg gagal mematuhi peraturan ini.
Akhir kata, bagi mewakili Admin dan Staff Member.. Selamat Berforum dan manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.
Wassalam.
Sekian, terima kasih.