Post by fadzli daud on Mar 25, 2010 17:15:05 GMT 8
PANGGILAN SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 10E (1)(a) AKTA PEMAJUAN PERUMAH
SEPERTI SENARAI EDARAN
Y.Bhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan,
PANGGILAN SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 10E (1)(a) AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966 [AKTA 118] UNTUK HADIR DI HADAPAN PEGAWAI PEMERIKSA BAGI TUJUAN SIASATAN SECARA LISAN
PROJEK : UKAY BISTARI
PEMAJU : DAMAI BISTARI SDN. BHD.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah menerima aduan berhubung dengan projek perumahan yang dimajukan oleh pihak tuan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Peraturan seksyen 7(j) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] yang memperuntukkan:
Subseksyen 7(j) Akta 118:-
“Memastikan bahawa pemajuan rumah tempat tinggal telah dilaksanakan menurut apa-apa keperluan yang dinyatakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan bangunan dan telah menjalankan semua ketelitian yang diperlukan untuk pengeluaran dan pemindahan hak milik kepada rumah tempat tinggal kepada rumah tempat tinggal kepada pembeli.”
3. Selaras dengan peruntukan seksyen 10E(1)(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], tuan adalah diarahkan untuk hadir ke Kementerian ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
TARIKH : 29 MAC 2010 (ISNIN)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN 1,
ARAS 7, BLOK K,
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50782 KUALA LUMPUR.
*Agenda siasatan adalah seperti yang ditunjukkan di Lampiran A.
4. Pihak tuan juga dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan penyiasatan ini. Siasatan tersebut akan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Zainudin Bin Tala, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perumahan Negara.
5. Kegagalan tuan untuk menghadirkan diri pada tarikh tersebut adalah menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah seksyen 10K Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (pindaan 2007) yang menyatakan:-
“Mana-mana orang yang menyalahi seksyen 10C, subseksyen 10D(2) atau seksyen 10E adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda yang hendaklah tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi hendaklah tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Saya yang menurut perintah,